fbpx

‘Kami akan terus berjuang selagi bernyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain TFC tidak akan mensia-siakan peluang beraksi pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus Isnin depan.

SKUAD Terengganu FC (TFC) masih enggan mengibar bendera putih kerana percaya defisit dua gol masih boleh dipintas pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Isnin depan.

Sebagai rekod, skuad Sang Penyu kini ketinggalan selepas tewas 1-3 kepada Gergasi Merah pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium MB Petaling Jaya, Rabu lepas.

Keyakinan tersebut disuarakan oleh pemain tengah TFC, Nik Sharif Haseefy yang menyeru agar barisan pemain kekal positif dengan peluang pasukan dalam usaha melangkah ke pentas final.

“Kita boleh lihat dalam perlawanan lepas yang mana Selangor turun dengan lebih bersemangat dengan aksi yang dipamerkan mereka juga lebih menjadi untuk menjaringkan gol.

“Bukannya kita tidak beraksi dengan bagus, cuma Selangor sememangnya lebih baik pada perlawanan kali ini. Namun, harus diingat saingan masih berbaki 90 minit dan apa sahaja boleh berlaku.

“Apa yang pasti, kita perlu manfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri kerana defisit dua gol ini masih boleh dipintas jika semua pemain memberikan kerjasama,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

TFC yang dikendalikan oleh Nafuzi Zain kini memburu tiket ke final buat kali kedua berturut-turut selepas berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA sebelum tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), September lepas.

Terengganu kini mahu menamatkan penantian 21 tahun untuk bergelar juara Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2001.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI