fbpx

Gambar jari banjiri media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar jari yang dimuat naik pengundi ke media sosial selepas selesai membuang undi hari ini sempena PRU15.

PETALING JAYA – Tanggungjawab rakyat Malaysia dalam menentukan pemimpin dan pembentukan kerajaan baharu bakal terbukti hari ini selepas dijangka lebih 20 juta pengundi akan membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, setakat dua jam lebih tempoh membuang undi dibuka bermula 8 pagi tadi, orang ramai mula berkongsi gambar jari masing-masing yang telah dicelup dakwat sebagai tanda mereka selesai mengundi.

Menerusi ciapan Faizatul di Twitter, dia memaklumkan bahawa PRU15 adalah pengalaman kali pertamanya turun mengundi ketika diusia 21 tahun.

“Selesai jalankan tanggungjawab sebagai pengundi negara diusia 21 tahun, anda jangan lupa jalankan tanggungjawab untuk kejayaan Malaysia kelak,” ciapnya hari ini.

Sementara itu, rata-rata pengundi muda lebih teruja merasai pengalaman membuang undi apabila pilihan raya kali ini membenarkan individu dengan had usia 18 tahun untuk mengundi.

“Baris ramai-ramai dengan kawan-kawan Tingkatan Enam hari ini untuk mengundi, lain macam ‘vibes’ dia, berdebar-debar nak pilih pemimpin,” kata Nik Solehah di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI