PETALING JAYA – Pelakon terkenal, Siti Elizad Sharifuddin undang tawa netizen apabila niat berkongsi video proses membuang undi bertukar lucu apabila dia tersilap lokasi.
Bukan setakat itu, Elizad sebelumnya perlu beratur panjang seperti orang ramai namun hanya menyedari dirinya tersilap lokasi ketika hampir tiba giliran membuang undi di sebuah sekolah di Subang Jaya.
Mengundang tawa petugas di pusat mengundi, Elizad dilihat bersahaja menghadapi situasi tersebut yang agak kelam-kabut.
“Cerita pagi tadi lepas subuh dah keluar. Kelakar siap bagi pesanan minta tengok saluran dengan muka bangga.
“Hampir ke depan tiba-tiba sakit perut tapi lagi sakit hati salah sekolah. Excited sangat kot. Kena beza kebangsaan dan menengah,” katanya menerusi video tersebut.
Dalam masa sama netizen yang geli hati dengan gelagat Elizad itu turut meninggalkan komen pada hantaran pelakon cantik tersebut.
“Sama kes kita salah sekolah! Beratur panjang masuk-masuk kata nama tak ada. Rupanya bangunan sebelah ada sekolah 1 sekolah 2,” kongsi ri.imurshopper.my.
“Macam mana boleh tersilap tu? Ni mesti sebab terlalu excited sangat nak pergi,” seloroh syafiqahhadi212.
“Salah sekolah lepas tu sakit perut. Yang bukan-bukan,” komen myrulackym7 pula. – KOSMO! ONLINE