GOMBAK – Selebriti sensasi Azwan Ali merupakam pengundi pertama yang tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate.
Azwan, 56, yang juga dikenali sebagai Diva AA tiba pada pukul 7.25 pagi dengan berjubah hitam.
“Kepada yang masih tidur tolong tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi,” katanya berseloroh.
Sebelum ini Azwan menarik diri pada saat akhir sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Gombak bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Sejurus selepas penarikan diri itu,
penyandang Parlimen Gombak, yang juga abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, beliau tidak mengetahui punca adiknya daripada bertanding sebagai calon bebas di kerusi berkenaan pada PRU15.
Kerusi Parlimen Gombak menyaksikan persaingan lima penjuru membabitkan Azmin (PN); calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omar Din; calon Gerakan Tanah Air (GTA), Jamaludin Mohd Tahir serta seorang calon bebas yang juga Presiden Penaja Parti Bahtera Sejahtera Malaysia, Zulkifli Ahmad. – KOSMO! ONLINE