fbpx

Wanita Texas miliki kaki terbesar di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Herbert mempunyai kaki kanan bersaiz 33 sm serta kaki kiri bersaiz 32.48 sm. - Guinness World Records

HOUSTON, TEXAS – Seorang wanita dari negeri Texas, Amerika Syarikat yang memiliki ketinggian 205.7 sentimeter (sm) menerima pengiktirafan Guinness World Records kerana mempunyai kaki paling besar di dunia, lapor agensi berita United Press International semalam.

Tanya Herbert, dari bandar Houston dinamakan sebagai individu dengan kaki terbesar (wanita) selepas kaki kanannya diukur bersaiz 33 sm serta kaki kirinya bersaiz 32.48 sm.

Wanita berkenaan perlu memakai kasut wanita bersaiz 18 atau kasut lelaki pada saiz 16 hingga 17, bergantung kepada jenama.

Menurut Herbert, dia terpaksa membeli kasut secara online memandangkan tiada kedai yang menjual kasut mengikut saiz dipakainya.

“Saya akan membeli beberapa pasang kasut paling besar yang boleh ditemui secara online.

“Kemudian, saya akan mengubahsuai kasut-kasut itu bagi menjadikannya lebih panjang dan lebar supaya ia boleh memuatkan kaki saya,” kata Herbert. 

Herbert hanya 7.6 sm lebih rendah berbanding wanita tertinggi di dunia,  Rumeysa Gelgi dari Turkiye yang mempunyai ketinggian 215.16 sm. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI