PETALING JAYA – Kanak-kanak lelaki sebelum ini tular memarahi perakam video ketika meminta sedekah kini beralih ‘konsep’ minta sedekah tanpa tangan di ibu kota baru-baru ini.
Melalui perkongsian video di media sosial Twitter itu kanak-kanak berkenaan terlihat duduk di kaki lima pejalan kaki sambil menyorokkan tangan kirinya ke dalam baju bagi meraih simpati orang ramai.
Menerusi video yang dirakam orang pengguna jalan raya berdurasi 28 saat sejak Rabu lepas mendapat sebanyak 117,000 tontonan dengan 2,606 tanda suka.
Video berkenaan turut mendapat reaksi netizen, rata-rata menyatakan kanak-kanak berkenaan kreatif dalam meraih simpati orang ramai selain layak menjadi seorang pelakon.
“Mereka semakin kreatif, sesetengah rakyat pemurah dan lalai,” kata Cik Intan.
“Bolehlah TV3 ambil dia berlakon,” kata Ain.
Pada Januari lalu, Kosmo! Online melaporkan, satu klip video yang tersebar di media sosial ketika ini menyaksikan seorang kanak-kanak yang turut dikatakan berbangsa Rohingya meminta sedekah di ibu kota.
Dilaporkan kejadian tersebut berlaku di salah satu jalan raya di Cheras, Kuala Lumpur itu menunjukkan kanak-kanak tersebut bersama temannya meminta sedekah.
Paling mengejutkan apabila salah seorang kanak-kanak tersebut memarahi perakam video terbabit kerana merakam gerak- gerinya – KOSMO! ONLINE