fbpx

Tiga lebuh raya utama keluar dari ibu kota sesak, perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini aliran trafik di Plaza Tol Gombak dan sekitar Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara berhampiran Nilai.

PETALING JAYA – Tiga laluan utama keluar dari ibu kota melibatkan Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) dilaporkan sesak dan perlahan ketika ini.

Ia berikutan warga kota mengambil peluang pulang ke kampung susulan cuti umum serta memanfaatkan kadar tol percuma sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula hari ini dan esok.

Menerusi perkongsian Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di laman Twitter @llmtrafik, trafik sesak dan perlahan di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dari Rawang ke Bukit Beruntung terus ke Bukit Tagar.

“Trafik dilaporkan sesak dari Behrang ke Slim River terus ke Sungkai; Bidor ke Tapah terus ke Gopeng; Ipoh (U) ke Terowong dan Persimpangan Sungai Dua ke Plaza Tol Sungai Dua.

“Bagi arah Selatan pula, trafik dilaporkan sesak dan perlahan dari Putra Mahkota ke Nilai; selepas Persimpangan Serenia (ELITE) ke Nilai (U); Seremban ke rawat dan rehat Senawang; Ayer Keroh ke Jasin,” ciapnya.

Sementara itu, Lembaga Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menerusi laman Facebook memaklumkan, aliran trafik turut sesak di beberapa kawasan sepanjang KLK dan LPT Fasa 1 (LPT1).

Katanya, trafik dilaporkan sesak dan perlahan sepanjang 21.2 kilometer (km) menghala ke Pantai Timur bermula dari Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi.

“Sesak 5.8KM dari Km 44.7-Km 50.5 (Bkt Tinggi) dan 1.5KM dari Km 53.3-Km 54.8 (Lentang).

“Bagi LPT1 pula, trafik dilaporkan perlahan Plaza Tol Karak arah ke Kuantan berikutan pertambahan kenderaan,” kata LPT.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI