fbpx

SIC sedia lanjut kontrak ZK Racing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN SHAFRIMAN berharap SIC dan ZK Racing terus menjalinkan kerjasama melahirkan pelumba-pelumba muda di pentas antarabangsa pada masa depan.

SELEPAS berjaya mengangkat beberapa pelumba muda dengan kejayaan di peringkat antarabangsa, Litar Antrabangsa Sepang (SIC) sedia melanjutkan kontrak pasukan ZK Racing.

Pasukan ZK Racing ditubuhkan oleh bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin pada 2018 dengan bantuan kumpulan kakitangan teknikal terbaik dalam sukan permotoran dua roda.

Pasukan ini telah diama­nahkan dengan tanggungjawab untuk membentuk pelumba muda berpotensi menjadi yang terbaik dalam kategori perlumbaan masing-masing.

Hasilnya, ZK Racing berjaya melahirkan sang juara di pentas Asia iaitu Hakim Danish Ramli selepas muncul juara keseluruhan pada perlumbaan Asia Ta­lent Cup (ATC) 2022.

Ketua Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berharap pihaknya dapat melanjutkan kontrak ZK Racing bersama mereka tahun depan.

“Pengalaman bertahun-tahun Zulfahmi sebagai pelumba MotoGP antarabangsa memberikan asas baik kepada pelumba negara ketika ini terutama membina keupayaan mereka untuk jangka panjang.

“Hasilnya boleh dilihat dengan kehadiran Hakim Danish apabila melakar kemenangan ATC dan merupakan kejayaan membanggakan. Justeru, kita akan melakukan perbincangan mengenai kontrak ZK Racing bersama SIC.

“Kalau boleh kita akan sambung kontrak ZK Racing pada masa akan datang. Pelumba muda kita mula menyinar terutama di pentas antarabangsa. Perlu diingat bahawa Hakim Danish antara pelumba yang menyertai perlumbaan MiniGP anjuran kita. Jadi, ini satu perkembangan yang baik,” katanya.

Pada tahun ini, ZK Racing menghantar pelumba muda­nya menyertai saingan di ATC, Kejuaraan Dunia JuniorGP, Kejuaraan European Talent Cup (ETC), Red Bull MotoGP Rookies Cup, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK).

Lebih menarik pada tahun depan, ZK Racing turut berjaya mencari jalan untuk menghantar seorang pelumba muda negara, Syarifuddin Azman untuk menyertai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam kelas Moto3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI