fbpx

Rusia buat rayuan sertai IPC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jawatankuasa Paralimpik Rusia (RPC) digantung oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC)

LONDON – Jawatankuasa Paralimpik Rusia (RPC) bersedia membuat rayuan selepas keahlian mereka digantung oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada Rabu lalu sekali gus memberi tamparan hebat kepada Moscow.

IPC membuat Perhimpunan Agung Luar Biasa bersama ahlinya untuk membuat undian bagi menggantung RPC dan Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) Belarus kerana kegagalan mereka mematuhi perlembagaan organisasi.

Presiden RPC, Pavel Rozhkov telah mengesahkan bahawa pihaknya akan menggunakan hak mereka untuk melakukan rayuan.

“Kami masih mempunyai peluang untuk melakuakan rayuan dan ketika ini kami sedang mengkaji semua dokumen mengenai rayuan tersebut untuk kembali sertai IPC.

“Kami boleh mengambil tindakan untuk menyaman IPC, tetapi memandangkan isu ini melibatkan keseluruhan situasi politik dan pasti ia bukan mudah,” Rozhkov.

RPC berdepan tekanan apabila mereka dihalang untuk menyertai temasya Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing meskipun seramai 71 atlet tersenarai untuk menyertai temasya sukan itu.

IPC pada awalnya membenarkan atlet Rusia dan Belarus menyertai temasya itu dengan ‘status neutral’ namun mengubah keputusan itu dan melarang atlet paralimpik kedua-dua buah negara berkenaan untuk mengambil bahagian. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI