fbpx

Ribut petir landa Pantai Timur, barat Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dilaporkan di kawasan pantai Kelantan dan Terengganu selain negeri-negeri pantai barat Semenanjung menerusi ramalan cuaca signifikan esok sehingga 25 November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin di kawasan pantai Kelantan dan Terengganu dijangka berlaku sehingga 19 November.

Katanya, sehubungan itu, keadaan ini berpotensi menghasilkan kejadian ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.

“Selain itu mulai 21 November hingga 24 November, penumpuan angin dijangka berlaku di Selat Melaka.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai yang membawa bersama ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri pantai barat Semenanjung terutama pada sebelah pagi,” katanya dalam kenyataan pada Facebook hari ini.

Justeru, katanya orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI