fbpx

PRU15: Rezeki cuci 250kg pakaian jentera parti sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cik Syafawati ketika ditemui di pusat dobinya di Seberang Jaya di sini. - Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Pengusaha dobi di Seberang Jaya di sini tidak menang tangan menerima tempahan mencuci sehingga lebih 250 kilogram (kg) pakaian jentera parti sempena musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengusaha dobi, Cik Syafawati Che Radzi, 43, walau bagaimanapun berkata, dia menganggap itu merupakan rezeki yang diberikan terhadapnya dan akan terus menjalankan tanggungjawab menguruskan pakaian pelanggan dengan lebih baik.

“Sebelum ini, selalunya saya perlu mencuci kira-kira 150 kg pakaian setiap hari tetapi semasa musim PRU15, suasananya memang berbeza.

“Saya bersama empat pekerja kadangkala perlu mencuci dan menguruskan sehingga 250 kg pakaian sehari,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat dobinya di Jalan Tenggiri, di sini.

Mengulas lanjut, Cik Syafawati berkata, kebanyakan pelanggan datang dari luar dan pakaian yang dihantar terdiri daripada (logo) pelbagai parti politik iaitu kemeja-T, baju korporat dan pakaian biasa.

“Kami perlu bekerja keras untuk memastikan pelanggan menerima pakaian yang siap dicuci dan digosok pada waktu ditetapkan.

“Mujurlah, lima buah mesin basuh dan pengering yang digunakan melicinkan urusan mencuci dan mengeringkan pakaian yang dihantar.

“Penat memang dirasai, tapi kami gembira apabila pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI