fbpx

PRU15: Permohonan undi pos Parlimen Padang Serai kini dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai telah dibuka hari ini sehingga 22 November (Selasa) depan.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, untuk permohonan undi pos bagi Kategori 1A iaitu petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, tentera dan petugas media, permohonan hendaklah dilakukan secara manual.

“Permohonan secara manual ini adalah dengan menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus P.017 Padang Serai.

“Bagi permohonan undi pos Kategori 1B iaitu warga Malaysia di luar negara dan Kategori 1C (agensi dan organisasi) pula dilaksanakan secara dalam talian,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, orang ramai boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos di talian 03-8892 7040 untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut.

Terdahulu, SPR hari ini memaklumkan bahawa tarikh mengundi bagi Parlimen P.017 Padang Serai telah ditetapkan pada 7 Disember depan dan bukannya 19 November seperti di kawasan Parlimen lain.

Ia adalah susulan penerimaan Writ Pilihan Raya yang dikembalikan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Padang Serai pada 16 November lalu berhubung kematian calon Pakatan Harapan (PH), mendiang M. Karupaiya.

Jelas SPR, Writ Pilihan Raya telah dikeluarkan hari ini (18 November), Hari Penamaan Calon ditetapkan pada 24 November (Khamis), Hari Mengundi Awal pada 3 Disember (Sabtu) dan Hari Mengundi bagi Parlimen Padang Serai adalah pada 7 Disember (Rabu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI