fbpx

PRU15: Jalan Sultan Azlan Shah ditutup pukul 6 petang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh) akan ditutup esok bermula pukul 6 petang hingga 11.59 malam bagi memudahkan proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Batu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, ia melibatkan laluan di kedua-dua hala bermula dari persimpangan lampu isyarat Jalan Perhentian ke persimpangan lampu isyarat Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

“Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya yang menggunakan jalan tersebut dinasihatkan merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari mengundi dan dianggarkan lebih 113,000 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab mereka di Parlimen Batu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI