fbpx

PRU15: BN mampu laksana pendidikan awal, asuhan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Pendidikan awal dan asuhan nasional percuma untuk semua kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah dilihat sebagai sesuatu yang realistik dan pragmatik.

Penganalisis politik, Dr. Jeneri Amir berkata, usaha memupuk bakat dan potensi sejak dari kecil amat penting untuk masa depan negara.

Katanya, salah satu daripada tawaran dalam Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) BN itu perlu dilaksanakan sekiranya gabungan politik itu kembali memerintah.

“Kita perlu sedar hakikat bahawa apabila peluang itu diberi secara percuma ia membuka peluang kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa untuk mendapatkan pendidikan awal kanak-kanak secara formal.

“Lebih-lebih lagi langkah itu memberi peluang kepada anak-anak golongan B40 dan M40 yang dilihat terpinggir daripada mendapat latihan perkembangan potensi, kemahiran dan kebolehan yang boleh diasah sejak kecil,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Beliau percaya, aku janji BN itu sangat pragmatik, bersifat masa hadapan dan sesuatu yang sangat perlu untuk dilaksanakan di negara ini.

Menurut Jeneri, sesuatu perkara baharu yang ingin dilaksanakan itu semestinya mempunyai cabaran dengan kerajaan perlu menyediakan guru-guru pendidikan awal kanak-kanak yang profesional dan berkelayakan.

“Ia memerlukan sumber manusia (guru pendidikan awal kanak-kanak) yang terlatih namun saya tidak melihat ia sebagai cabaran sekiranya BN mempunyai komitmen politik yang jitu.

“Sekiranya BN mempunyai komitmen jitu, bukan sahaja sumber manusia namun sumber bukan manusia seperti fasiliti serta infrastruktur juga perlu lengkap untuk merealisasikannya menerusi peruntukan kewangan disalurkan, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga,” ujarnya.

Beliau sekali menegaskan, aku janji BN itu mesti dilaksanakan kerana sebelum ini hanya keluarga berkemampuan serta mempunyai kewangan stabil sahaja mendapat kemudahan itu.

Beliau berharap, langkah itu dapat memastikan setiap keluarga yang tidak berkemampuan atau kanak-kanak terpinggir mendapat pendidikan awal secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira sosio ekonomi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI