fbpx

Polis NS terima 45 laporan berkaitan PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan menerima 45 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dari 5 November sehingga semalam.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Polis (DCP) Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof, daripada jumlah terkumpul itu, sebanyak 18 kertas siasatan telah dibuka dan dua individu telah ditangkap.

“Pada 17 November 2022, sebanyak sembilan laporan polis telah diterima dengan dua kertas siasatan baru dibuka.

“Ini menjadikan laporan polis terkumpul sepanjang tempoh mulai 05 November Hingga 17 November 2022 adalah sebanyak 45 laporan polis berkaitan PRU15,” katanya.

Tambahnya, bagi memastikan setiap kempen atau ceramah yang dijalankan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan Polis kontinjen Negeri Sembilan juga telah membuat pemantauan di setiap kempen atau ceramah yang diadakan.

“Pada 17 November 2022, sebanyak 91 ceramah dan 76 kempen berpermit telah diadakan oleh parti-parti yang bertanding.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kempen atau ceramah yang diadakan bagi tempoh 05 November hingga 17 November 2022 adalah sebanyak 1646,” tambahnya.

Jelasnya, beliau menasihatkan kepada calon yang bertanding mahupun masyarakat agar sentiasa menghormati dan mematuhi lunas undang- undang yang telah ditetapkan sepanjang PRU15 ini berlangsung.

“Elakkan daripada membuat sebarang provokasi dan perkara-perkara yang boleh menimbulkan insiden yang tidak diingini yang mana sekaligus boleh mengugatkan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI