fbpx

Kecoh Twitter bakal ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran gambar Elon Musk yang menimbulkan tanda tanya kepada pengguna aplikasi mengenai dakwaan penutupan Twitter.

PETALING JAYA – Pengguna Twitter di negara ini luah rasa kesal berhubung dakwaaan penutupan aplikasi tersebut hari ini.

Rata-rata mereka mengeluh memandangkan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung esok.

Kebanyakan pengguna aplikasi itu mengatakan  sukar bagi mereka untuk mendapat perkembangan terkini lebih-lebih lagi medium tersebut banyak membantu memudahkan dalam mendapatkan maklumat pantas selain isu tular dan sebagainya.

Melalui ciapan beberapa pengguna di aplikasi berkenaan menyatakan langkah penutupan itu harus dilakukan selepas PRU15.

“Baik jangan tutup sekarang, mana mana hendak mendapat maklumat berhubung PRU15,” kata Ella.

“Twitter kalau nak shut down, tunggulah Isnin, macam mana nak kemas kini keputusan PRU15 esok?” kata netizen lain.

Tinjauan Kosmo! di Twitter mendapati #RIPTwitter dan #GoodByeTwitter menjadi sohor kini (trending) dalam tempoh kurang 24 jam masing-masing dengan 719,000 dan 72,400 ciapan.

Hari ini media melaporkan, beratus-ratus pekerja Twitter dilaporkan telah meletakkan jawatan.

Hal itu berlaku menjelang tarikh akhir pelaksanaan perubahan ketara dengan menambah jumlah masa bekerja seperti yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat media sosial itu, Elon Musk sebelum ini.

Musk sebelum ini dilaporkan akan memberhentikan 7,500 kakitangan Twitter hanya dua minggu lalu selepas mengambil alih syarikat itu yang menyaksikan ramai pekerja mula meletak jawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI