fbpx

Pelajar universiti turun bas disambut meriah parti politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pelajar disambut meriah apabila turun daripada bas oleh parti-parti yang ingin berkempen saat akhir.

PETALING JAYA – Pelajar terkejut disambut meriah oleh parti-parti yang ingin berkempen saat akhir setelah menghadapi 12 jam perjalanan ke Kuantan, Pahang.

Seorang pelajar yang dikenali @lauraelenaz, memuat naik video berkenaan, yang memaparkan situasi jentera parti menyambut pelajar-pelajar yang baru sahaja tiba dengan sepanduk dan bendera parti masing-masing.

“Adik daripada mana..,” kata salah seorang sukarelawan sambil turut memberikan baju parti secara percuma.

Menurut pelajar itu, bukan hanya satu parti sahaja yang berkempen saat akhir, namun terdapat beberapa parti lain juga menanti ketibaan pelajar-pelajar berkenaan.

Tambahnya lagi, bas yang dinaiki juga adalah percuma untuk mahasiswa anak Pahang untuk pulang mengundi di bawah Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN).

Di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan situasi tersebut yang di anggap boleh dilihat hanya dalam tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sahaja.

“Bukan selalu kena sambut balik belajar, nanti lima tahun kemudian awak dah kerja dah,” komen salah seorang netizen.

“Kalau balik naik kereta, tiada siapa nak sambut.. nak juga baju percuma, boleh jadikan baju tidur,” komen salah seorang netizen yang lain pula.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan lebih 391,100, 23,500 tanda suka dan 292 perkongsian.

Semalam di media sosial, kebanyakan mahasiswa institut pengajian tinggi dilihat sudah pulang ke kampung halaman masing-masing setelah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju memberi pelepasan selama lima hari sehingga 21 November ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) juga, sebanyak 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18-20 tahun manakala 4,614,429 pengundi berusia antara 21-29 tahun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI