fbpx

Pearly-Thinaah kini di ranking No. 8 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kiri) dan Thinaah mendapat tonik dan motivasi terbaik apabila ranking terbaharu menyaksikan gandingan itu kini melonjak ke ranking No. 8 dunia. – AFP

BEREGU wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah mendapat tonik terbaik menjelang kejohanan Jelajah Dunia Akhir di Bangkok, Thailand bulan depan apabila mendaki satu anak tangga ke kedudukan kelapan dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Ranking terbaharu yang dikeluarkan badan induk sukan badminton dunia itu sekali gus me­ngukuhkan status juara Terbuka Perancis tersebut sebagai salah satu gandingan terbaik di dunia.

Berdasarkan kedudukan ranking tersebut, Pearly-Thinaah dianggap menunjukkan perkembangan cukup memberangsangkan selepas kedua-dua pemain itu mula digandingkan pada Jun 2019.

Walaupun masih mengekalkan pendekatan fokus terhadap satu demi satu perlawanan, namun Thinaah menjelaskan, ranking terbaharu itu sedikit sebanyak memberi kelebihan pada kejohanan akan datang.

“Kami masih kekal seperti ­biasa iaitu untuk berikan tumpuan sepenuhnya dalam setiap perlawanan yang dihadapi. Bagaimanapun, kedudukan ran­king baharu ini berikan kami motivasi untuk ke arah lebih baik.

“Saya juga akui memang ada kelebihan berada dalam kelompok lapan terbaik kerana diletakkan sebagai pilihan pada setiap kejohanan, lebih-lebih lagi kami akan mula buru mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya.

Untuk rekod, Pearly-Thinaah akan melakukan penampilan kedua pada kejohanan Jelajah Dunia Akhir selepas penampilan pertama di Bali, Indonesia tahun lalu menyaksikan mereka tersingkir seawal peringkat kumpulan.

Selain Pearly-Thinaah, antara pemain yang berada di kedudukan lapan terbaik untuk ke Jelajah Dunia Akhir ketika ini adalah beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (beregu wanita) serta beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI