fbpx

Lelaki belasah wanita dalam rumah, polis buka kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video lelaki belasah wanita yang tular di media sosial dan kini dalam siasatan pihak polis.

KAJANG – Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan terhadap video tular lelaki belasah wanita yang ditendang dan diheret badannya dalam sebuah rumah, di kawasan Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan bekata, pihaknya ada menerima laporan berkenaan kes tersebut.

“Saya boleh sahkan kami terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan juga sedang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam satu rakaman video perbuatan lelaki dipercayai suami mendera wanita dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah.

Video berdurasi satu minit tujuh saat itu menyaksikan mangsa diheret dan ditendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.

Turut diperlihatkan, kanak-kanak perempuan yang berada di lokasi kejadian juga menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI