JASIN – Trafik sesak dilaporkan berlaku lebih 14 kilometer di Kilometer 189.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) berikutan kemalangan berlaku di kawasan itu, tengah hari tadi.
Difahamkan kemalangan melibatkan tiga buah bas ekspres dan tiga kereta. Bagaimanapun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurut maklumat di Twitter Plustrafik pada pukul 12.01 tengah hari tadi, kemalangan menyebabkan semua lorong terhalang dan kesesakan berlaku dari arah Ayer Keroh ke Jasin.
Status terkini, hanya lorong kecemasan ditutup di lokasi kemalangan dan trafik terus sesak lebih 14 kilometer sehingga 12.17 tengah hari. – KOSMO! ONLINE