fbpx

Kena paksa bersolek? Anak bongsu Che Ta selar netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AAISYAH Dhia Rana menjawab kecaman segelintir netizen yang menuduh dirinya dipaksa si ibu agar selalu tampil cantik dengan solekan.

PETALING JAYA – Kecil-kecil cili padi. Itulah yang dapat disimpulkan dengan gelagat anak perempuan aktres popular Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana apabila menjawab kecaman segelintir netizen yang menuduh dirinya dipaksa si ibu untuk bersolek dan bergaya di mana sahaja.

Kanak-kanak berusia lapan tahun berkata, semua dakwaan yang dilemparkan kepadanya langsung tidak benar dan solekan yang dipakainya adalah atas kehendak sendiri.

“Kepada yang mengecam saya dan mendakwa dipaksa memakai alat solek, salah ya.

“Saya memang suka (bersolek),” kata kanak-kanak berusia lapan tahun itu dalam satu video TikTok.

Meskipun persoalan terjawab, segelintir netizen tetap menasihatkan Aaisyah untuk tidak terlalu kerap bersolek terutama pada usia yang muda.

“Aaisyah sudah cantik dan comel, tidak perlu bersolek. Nanti cepat tua,” komen netizen.

“Boleh bersolek tetapi jangan terlalu tebal. Bukan kecaman cuma teguran kerana ramai sayang awak,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Dalam masa sama, terdapat juga netizen yang berpendapat Aaisyah tidak perlu menghiraukan kecaman ramai dan terus berseronok ketika usia muda.

Terdahulu, Aaisyah menerima teguran kerana dikatakan memakai solekan terlalu tebal dan tidak sesuai untuk usianya pada sambutan ulang tahun kelahiran kelapan baru-baru ini.

Sekitar Julai lalu, Rozita atau Che Ta pernah menegaskan tidak pernah memaksa Aaisyah bersolek dan bergaya tetapi dilakukan atas kehendak anaknya sendiri.

Malah katanya, Aaisyah juga akan merajuk sekiranya dilarang untuk bersiap dan bersolek.

Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014 itu merupakan anak perempuan tunggal hasil perkahwinan Che Ta dengan aktor, Zain Saidin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI