fbpx

Kemelut dalaman bukan punca Sang Penyu ‘lemas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NAFUZI menegaskan bahawa kemelut dalaman bukan punca kekalahan TFC kepada Selangor FC di Stadium MBPJ kelmarin.

KEKALAHAN mengejut Terengganu FC (TFC) kepada Selangor FC dengan keputusan 1-3 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia bukan berpunca daripada kemelut dalaman sebaliknya lebih kepada kelemahan pasukan di atas padang.

Pandangan tersebut di­suarakan oleh pengendali TFC, Mohd. Nafuzi Zain yang percaya semua pemain sudah memberikan 100 peratus tetapi tuah tidak memihak kepada pasukan kali ini.

Kata Nafuzi, kekalahan tersebut berpunca daripada kegagalan mengawal situasi set-piece dengan baik tetapi saingan masih belum berakhir kerana perlawanan masih berbaki tiga pusingan.

“Tiada apa yang boleh saya katakan kerana kita bolos tiga gol kepada pasukan Selangor daripada sepakan penjuru dan di situ kelemahan ketara yang dapat dilihat apabila pasukan lawan memanfaatkan situasi tersebut.

“Secara jujur, kita sudah lama tidak dibolosi daripada gerakan set-piece dan saya lihat kesilapan tersebut perlu diperbaiki pada perlawanan akan datang.

“Namun, daripada segi persembahan pemain, saya masih berpuas hati kerana kita berjaya mencipta beberapa peluang tetapi ada satu dua aksi keemasan yang gagal membuahkan jaringan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Nafuzi yang sah meninggalkan TFC pada penghujung musim ini mahu pasukan bangkit pada aksi ke­dua di laman sendiri Isnin depan dalam usaha lolos ke peringkat final.

“Saya tidak mahu menyerah dan percaya pasukan boleh mengutip tiga gol di laman sendiri meskipun ia tugas yang sukar dengan kualiti yang ada pada pasukan Selangor,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI