fbpx

Hakim Danish perit sebelum bergelar juara ATC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hakim Danish dinobatkan juara Asia Talent Cup 2022 selepas perlumbaan terakhir di Litar Antarabangsa Mandalika.

SEPANG – Bapa Hakim Danish, Ramli Ibrahim mengakui pernah dihimpit masalah kewangan yang agak meruncing dalam memastikan anaknya itu kekal memburu impian, namun segalanya seakan berbayar selepas dia menjadi pelumba Malaysia pertama berjaya dinobatkan sebagai juara Asia Talent Cup (ATC) 2022.

Menurutnya, mereka bukan keluarga yang senang dan apabila sekadar meraih pendapatan hasil pekerjaan sebagai mekanik dengan membaiki motosikal di Terengganu untuk menghantar Danish berlumba.

Katanya, hasil pemberian motosikal dari seorang rakannya menjadi permulaan kepada Danish yang menceburi sukan permotoran ‘pocket bike’ pada usia 7 tahun.

Melihat bakat Danish selepas terus melakar kemenangan setiap kali turun berlumba, Ramli mencuba nasib menghantar anaknya itu pada sesi ujian untuk menyertai pasukan ZK Racing sebelum muncul juara dalam saingan SIC MiniGP pada 2020.

“Perkara paling sedih dan perit pernah saya lalui adalah ketika ingin membawa Danish menyertai perlumbaan. Saya bukan orang senang, malah duit kemenangan yang Danish peroleh pada perlumbaan digunakan untuk makan dan minum.

“Nak pergi berlumba duit tak ada itu perkara paling perit. Saya pinjam duit abang dan adik untuk pergi berlumba. Kalau kita pergi berdua cukup-cukup untuk makan saja. kalau Danish dapat duit dari hasil kemenangan baru dapat tampung perlumbaan berikutnya,” katanya ketika ditemui di KLIA kelmarin.

Ramli turut berharap kejayaan anaknya itu dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana untuk terus menyokong bakat anak-anak masing-masing.

Danish mencipta sejarah apabila menjadi pelumba pertama Malaysia yang merangkul gelaran juara keseluruhan Asia Talent Cup bagi musim 2022.

Pelumba berusia 15 tahun itu untuk mengesahkan kejuaraannya musim ini sejurus unggul mengumpul keseluruhan 187 mata untuk mengatasi pelumba Jepun, Shinya Ezawa yang mengutip 177 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI