fbpx

Fitnah: Tuan Ibrahim saman Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (kiri) telah memfailkan saman ke atas Rafizi (kanan).

PETALING JAYA – Tuan Ibrahim Tuan Man telah memfailkan saman ke atas Rafizi Ramli selepas Timbalan Presiden PKR itu tidak membuat permohonan maaf seperti dituntut Timbalan Presiden Pas tersebut.

Tuan Ibrahim berkata, Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan berkenaan difailkan pada pukul 4 petang semalam.

“Saya telah menghantar Notis Tuntutan pada 10 November lalu tetapi Rafizi tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya dalam tempoh tujuh hari.

“Saman itu telah diterima mahkamah dan peguam saya akan menyampaikannya kepada Rafizi. Saya berharap dia berani berdepan dengan proses mahkamah dan bukan hanya berkokok melaungkan fitnah di media sosial dan pentas ceramah,” katanya dalam satu hantaran di akaun Twitter miliknya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI