fbpx

Ferrari nafi pecat Binotto musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINOTTO (berdiri di tengah) masih lagi prinsipal pasukan Scuderia Ferrari dan khabar angin mengenai pemecatannya adalah tidak benar sama sekali. – AFP

LONDON – Ferrari menafikan khabar angin mengenai pemeca­tan prinsipal pasukannya, Mattia Binotto pada musim depan selepas dikatakan gagal membawa kembali pasukan itu ke puncak kemenangan.

Pasukan yang berpangkalan di Maranello, Itali tersebut mene­gaskan, khabar angin tersebut adalah tidak berasas sama sekali.

Akhbar Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan, bos Ferrari, Binotto diancam disingkirkan dan tempatnya akan diambil alih Fred Vasseur daripada Alfa Romeo pada Januari tahun depan.

“Mengenai spekulasi yang dikeluarkan pihak media terten­tu tentang kedudukan ketua pasukan Scuderia Ferrari, Binotto, Ferrari menegaskan, khabar angin tersebut sama sekali tidak berasas,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Ferrari memulakan perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini dengan cemerlang apabila memenangi dua daripada tiga perlumbaan pertama, sekali gus dikatakan menjadi pencabar kepada Red Bull dan juga Mercedes.

Ketika semua menjangkakan Ferrari mampu menjadi pencabar gelaran pada musim 2022, sebaliknya mimpi ngeri buat pasukan Itali itu apabila berdepan masalah unit kuasa dan beberapa kesilapan strategi yang menghukum pasukan untuk muncul juara pada perlumbaan Grand Prix.

Kegagalan itu menjadi punca munculnya spekulasi penyingkiran Binotto sejak mengendalikan Ferrari pada Januari 2019, ketika beliau menggantikan Maurizio Arrivabene.

Pasukan Alfa Romeo yang dikendalikan oleh Vasseur menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Ferrari dan pada saat ini, Alfa Romeo berada di landasan terbaik untuk menduduki tempat keenam musim ini.

Justeru, Vasseur dilihat calon terbaik untuk memimpin Ferrari pada masa akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI