fbpx

BN tawar inisiatif perancangan kemakmuran di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
P.KAMALANATHAN membentangkan Perancangan Kemakmuran Port Dickson pada sidang akhbar di sini hari ini. -Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Perancangan Kemakmuran Port Dickson merangkumi agenda pendidikan dan pembangunan sosio ekonomi antara inisiatif yang akan ditawarkan Barisan Nasional (BN) Parlimen Port Dickson jika mendapat mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon BN Parlimen Port Dickson, Datuk P.Kamalanathan berkata, tawaran itu merangkumi lima perkara asas dan 29 perincian yang akan dilaksanakan hasil maklum balas daripada lebih 30,000 pengundi.

“Perancangan Kemakmuran Port Dickson merupakan janji kita kepada rakyat mengambil kira 60 peratus anak muda yang berada di perantuan dan belajar di instituai pengajian tinggi serta golongan wanita selain pembangunan pelancongan.

“Kita akan wujudkan pasukan Pelan Amal dan Usaha (PADU) bagi memastikan apa yang ditawarkan dapat dilaksanakan, secara peribadi saya akan maklumkan status di media sosial Facebook dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Kamalanathan, apa yang ditawarkan oleh BN tidak akan dimungkiri dan berharap rakyat tidak terperangkap dengan janji pemimpin Pakatan Harapan (PH) seperti dalam Pilihan Raya Umun Ke-14 (PRU14).

Menurut Kamalanathan, walaupun dianggap calon ‘underdog’ dan berdepan calon Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun namun beliau yakin BN mampu merampas semula kerusi Parlimen Port Dickson.

“Saya berpuas hati dengan kempen yang dijalankan sepanjang dua minggu ini hasil daripada kerjasama semua jentera BN.

“Kita sudah buat yang terbaik dan jumpa hampir kesemua pengundi, sebagai manusia kita hanya merancang untuk menang hakikatnya tuhan dah menentukan siapa pemenang malam esok akan terjawab,” katanya.

Beliau berkata, antara tawaran BN kepada rakyat di Port Dickson adalah mewujudkan Port Orang Muda, PD Kerja, Seapreneur Belia, menaik taraf kemudahan Kompleks Sukan Teluk Kemang dan mencungkil bakal masa depan dalam e-sukan.

Selain itu, katanya, BN menawarkan iniatif Usahanita PD, pemberian kit kebersihan wanita, kebajikan orang kurang upaya (OKU) dan orang asli, PD TVET Bootcamp, Dasar Satu Keluarga Satu Graduan, pembinaan sekolah berasrama penuh atau maktab rendah sains Mara (MRSM), PD Niaga serta pembinaan jeti menghubungkan Port Dickson dan Pelabuhan Dumai di Sumatera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI