fbpx

Bendera parti jadi ‘permainan’ kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sekumpulan kanak-kanak yang bersemangat mempertahankan bendera parti-parti bertanding pilihan masing-masing.

PETALING JAYA – Demam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan hanya diraikan oleh golongan dewasa, tetapi semangat bersaing turut dipamerkan oleh kumpulan kanak-kanak dengan masing-masing mempertahankan bendera parti-parti bertanding.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 21 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @arianahmzz menunjukkan lima orang kanak-kanak dipercayai di sebuah perumahan di daerah Lahad Datu, Sabah sedang memegang bendera parti Warisan dan parti Harapan.

“Mereka hanya berbekalkan bendera saja untuk bertarung,” katanya menerusi ruangan kapsyen video tersebut.

Rentetan itu, rata-rata netizen terhibur melihat aksi kanak-kanak berkenaan yang seakan-akan sedang berlawan demi mempertahankan pilihan parti masing-masing.

“Wah. Penuh bersemangat adik-adik mengibarkan bendera parti-parti itu,” ujar seorang pengguna lain.

“Mesti akan ada orang yang bertanya berapa agaknya upah adik-adik ini kerana dengar kata, cabut bendera dapat bayaran,” komen seorang lagi pengguna.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna di TikTok yang mengaitkan tindakan kanak-kanak itu dengan persaingan antara parti-parti yang bertanding kelak.

“Kedua-dua parti sibuk bergaduh, silap-silap parti lain yang akan menang nanti,” seloroh seorang pengguna.

“Ada tanda disebalik kemenangan perang bendera merah melawan bendera putih,” tulis seorang netizen di laman media sosial itu.

“Terdapat hikmah disebalik kanak-kanak yang bermain itu. Inilah yang disebut sebagai lawan tetap lawan. Seolah-olah mereka faham jika rakyat sudah bersatu,” kata netizen TikTok.

Seorang pengguna lain di TikTok berkata, cikgunya di sekolah pada suatu ketika dahulu pernah berpesan jika kanak-kanak dibawah 18 tahun memegang bendera itu, adakah benar mereka akan disaman?. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI