fbpx

Bayi hanya berlampin ditemui di hadapan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi bayi dipercayai berusia dua bulan dijumpai ditinggalkan di rumah pengadu dalam kejadian di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Saujana Impian, di sini, semalam.

KAJANG – Seorang penghuni rumah terkejut menjumpai bayi lelaki berusia dua bulan ditinggalkan tanpa pakaian di hadapan rumahnya dalam kejadian di Taman Saujana Impian, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima laporan polis berhubung penemuan seorang bayi lelaki tersebut sekitar pukul 11.39 malam.

Jelasnya, bayi tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring dengan hanya memakai lampin tanpa sebarang pakaian atau nota bersamanya.

“Penghuni kediaman itu kemudiannya menguruskan bayi berkenaan terlebih dahulu sebelum melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Kajang.

“Bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan awal dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serta berada dalam keadaan sihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati, usia bayi berkenaan dipercayai sekitar dua minggu berdasarkan berat dan keadaan tali pusat.

Jelas Zaid, kini pihak hospital masih lagi menahan bayi berkenaan di Wad Kanak-kanak bagi tujuan pemantauan sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ekoran kejadian itu, kes telah disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

“Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804 bagi membantu siasatan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI