fbpx

Argentina raih kemenangan moral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (dua dari kiri) dikepung tiga pemain UAE pada perlawanan menyaksikan Argentina menang 5-0 di Stadium Mohammed bin Zayed awal pagi semalam. – AFP

ABU DHABI – Pasukan Argentina meraih kemenangan moral pada aksi pemanas badan ter­akhir sebelum mengharungi kempen Piala Dunia apabila menewaskan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 5-0 di Stadium Mohammed bin Zayed awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, skuad La Albiceleste itu berjaya meraih gol menerusi ledakan Julian Alvarez, Lionel Messi, Joaquin Correa dan dua gol sumbangan Angel Di Maria.

Keputusan tersebut menyaksikan Argentina terus melebarkan rekod tanpa kalah di pentas antarabangsa kepada 36 perlawanan dan menghampiri rekod Itali sebelum ini dengan 37 perlawanan.

Namun, pengendali Argentina, Lionel Scaloni masih tidak berpuas hati dengan apa yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya dan mungkin akan merombak skuad utama jika sebilangan pemain gagal mendapat kecergasan diharapkan.

“Saya enggan mendabik dada dengan keputusan tersebut kerana ia hanya perlawanan pemanas badan dan ujian terakhir untuk menguji tahap kecergasan serta kesediaan barisan pemain sebelum mengharungi aksi sebenar Piala Dunia.

“Berdasarkan apa yang saya lihat di atas padang, ada beberapa pemain yang tidak mencapai tahap kecergasan optimum seperti kita harapkan dengan risiko kecederaan dan mungkin saya akan buat rombakan jika keadaan bertambah serius,” katanya.

Sebagai rekod, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah memberi lampu hijau buat mana-mana pasukan membuat pertukaran saat akhir sebelum hari pembukaan sekiranya senarai pemain rasmi yang dihantar minggu lalu mengalami kecede­raan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI