fbpx

14 gerai makanan Taman Bukit Maluri musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba dalam operasi memadamkan api 14 gerai makanan yang musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Jalan Burung Tiong, Taman Bukit Maluri, di sini, malam ini. - Ihsan Bomba KL

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 peniaga hilang tempat berniaga apabila gerai makanan mereka musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Jalan Burung Tiong, Taman Bukit Maluri, di sini, malam ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kebakaran itu sekitar pukul 8.38 malam.

Ekoran laporan itu, sepasukan anggota bomba berkekuatan seramai 32 orang dan lima jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Taman Tun dan BBP Sentul digerakkan ke lokasi  kejadian.

“Setibanya jentera dilokasi kejadian, bomba mendapati api sedang marak membakar 14 buah gerai yang berkedudukan dua baris yang bertentangan. 

“Bagaimanapun, api berjaya dikawal setelah anggota melakukan penyekatan api dari merebak ke gerai lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.02 malam.

“Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI