fbpx

Trafik sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan, Karak sempena PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Terowong Menora arah Utara sejak pagi tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Terowong Menora arah utara sejak pagi tadi.

Ia susulan pertambahan kenderaan ekoran orang ramai mula bergerak balik ke negeri masing-masing bagi melaksanakan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, trafik masih perlahan di Terowong Menora arah utara dari Ipoh (U) ke Kuala Kangsar.

“Ia berlaku ekoran kenderaan rosak di kawasan berkenaan yang menyebabkan trafik masih perlahan.

“Beralih ke KLK pula, trafik mulai perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Timur setakat pukul 12.31 tengah hari tadi.

“Seterusnya, trafik juga dilaporkan perlahan bermula dari 4.1kilometer (km) dari KM 30.7 hingga KM 34.8, Gombak ke Genting Sempah arah timur,”katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI