fbpx

Trafik perlahan sekitar Lebuh Raya MEX, ELITE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik perlahan di sekitar Lebuhraya MEX (kiri) dan Lebuhraya ELITE (kanan) awal pagi hari ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) dan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dilaporkan perlahan dan sesak susulan keadaan cuaca buruk pagi ini.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi Twitter memaklumkan, keadaan trafik di Lebuhraya MEX adalah perlahan dan sesak di beberapa kawasan ketika ini.

“Kenderaan bergerak perlahan bermula dari Seri Kembangan ke Bukit Jalil arah Kuala Lumpur.

“Seterusnya, keadaan sama dapat dilihat di susur Bukit Jalil ke Lebuhraya KESAS ke Kuchai Lama arah Kuala Lumpur,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, laluan kontra ke Jalan Tun Razak telah diaktifkan semula bermula seawal pukul 6.30 pagi tadi.

Sementara itu, di Lebuhraya ELITE, trafik perlahan dari persimpangan Putrajaya ke USJ terus persimpangan Shah Alam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI