fbpx

Sadio Mane terlepas aksi pembukaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE hanya sempat pulih sepenuhnya sebelum aksi ketiga Senegal menentang Ecuador pada 29 November ini. – AFP

DAKAR – Skuad Piala Dunia Senegal menerima tamparan hebat apabila penyerang utama, Sadio Mane disahkan bakal terlepas aksi sulung saingan Kumpulan A kempen Piala Dunia 2022 menentang Belanda di Stadium Al Thumama pada Selasa ini.

Situasi itu tercetus ekoran bintang Bayern Munich tersebut masih belum pulih daripada kecederaan kepala dan kaki yang dialami ketika berdepan Werder Bremen dalam aksi Bundesliga minggu lalu.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Senegal (FSF), Abdoulaye Sow bagaimanapun berharap pemain-pemain skuad Teranga Lions itu mampu untuk mencatat keputusan positif meskipun beraksi tanpa kelibat Mane.

“Ini (kecederaan Mane) adalah sesuatu yang tidak dimahukan oleh pasukan, namun kami juga tidak boleh mengelak daripada takdir. Kami akur dengan apa yang sudah berlaku dan perlu pandang ke hadapan.

“Menjelang aksi sulung di Piala Dunia, kami perlu bergantung kepada 25 pemain yang ada memandangkan Mane tidak dapat bermain. Saya percaya pemain-pemain lain mampu mengisi kekoso­ngan tersebut,” katanya.

Senegal dianggap sebagai pasukan pilihan bersama Belanda untuk melepasi saingan peringkat Kumpulan A apabila diundi bersama Ecuador serta tuan rumah, Qatar yang akan beraksi buat kali pertama pada kejohanan berprestij dunia itu.

Sementara itu, jurulatih Bayern, Julian Nageslmann memahami hasrat Senegal yang tetap mahu menggunakan khidmat pemain terbaik mereka, namun beliau menjelaskan, Mane perlu membuktikan kecergasannya sebelum turun beraksi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI