fbpx

PRU15: SPRM serbu pejabat Invoke keterlaluan – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIZI

JOHOR BAHRU – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan dan rampasan di syarikat data Invoke Solutions Sdn. Bhd. disifatkan sebagai keterlaluan.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, bukan sahaja SPRM melakukan serbuan dua hari berturut-turut malah turut mengambil maklumat sulit syarikat miliknya itu.

Bukan itu sahaja, Rafizi turut memberitahu bahawa pekerjanya turut ditahan ketika melakukan serbuan tersebut.

“Hari ini (Rabu) saya nak bagitau pada SPRM dan Azam Baki, semalam (Selasa) saya tak campur (urusan serbuan), kamu tahan pekerja-pekerja saya, kamu buli mereka dan kamu tanya yang bukan-bukan, tidak apa.

“Hari ini aku hantar peguam. Sebab itu hari ini mereka datang (menyiasat) dan peguam kami ada. Kami dah buat keputusan kalau kamu nak soal siasat, nak mintak dokumen nak rampasan apa-apa, sila ikut undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap dalam prorgam Ayuh Malaysia Kita Boleh di Dataran Larkin di sini.

Kelmarin, syarikat data itu yang diasaskan Rafizi diserbu SPRM susulan laporan polis yang dibuat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berhubung pengisytiharan harta Rafizi yang mengumumkan aset bersihnya bernilai RM18.85 juta.

Rafizi memberitahu, SPRM perlu berurusan dengan peguamnya dan mendapat kelulusan daripada mahkamah tinggi untuk mendapat kebenaran mengambil sebarang dokumen yang diperlukan.

“Bukan kau (SPRM) boleh datang bawa satu waran geledah dan ugut. Semua kena ikut undang-undang kerana ada (dokumen) mempunyai maklumat-maklumat sulit berkaitan pelanggan yang dikawal oleh kerahsiaan bank.

“Dan kerahsiaan maklumat sulit pelanggan itu, semua perlu dapat kelulusan dari mahkamah tinggi terlebih dahulu,” katanya.

Rafizi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor menyifatkan serbuan dilakukan SPRM tersebut bermotifkan politik.

“Saya harap bila Pakatan Harapan menang, bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi,” katanya merujuk kepada dakwaan pembabitan Azam dalam pemilikan saham yang didakwa milik adiknya, Nasir Baki, pada Disember lalu.

Pada Januari lalu, Azam selepas didesak pelbagai pihak untuk memberi penjelasan mendakwa bahawa akaun sistem depositori pusat (CDS) saham yang didaftarkan atas namanya digunakan oleh adiknya untuk membeli saham dan membuat pusingan dalam pasaran terbuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI