fbpx

PRU15: PN Perak tawar 50,000 tapak rumah dalam manifesto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal

IPOH – Perikatan Nasional (PN) Perak menawarkan manifesto 50,000 tapak rumah kepada mereka yang belum memiliki kediaman sendiri jika gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tawaran itu juga termasuk untuk mana-mana keluarga yang menetap di kawasan setinggan.

“Dalam hal ini, kita berpandangan yang nasib golongan itu perlu mendapat pembelaan sewajarnya. Oleh itu, keluarga yang belum memiliki rumah diberi peluang memohon tapak bagi membolehkan mereka membina rumah mengikut kapasiti keluarga.

“Insha-Allah, sebanyak 50,000 keluarga dijangka menerima faedah daripada inisiatif berkenaan,” katanya ketika berucap pada pelancaran Manifesto PN Perak bagi PRU15 di sini hari ini.

Manifesto bertemakan PN Baik Perbaiki Negeri Bersama Agenda Inisiatif Kemakmuran itu menggariskan lima teras utama dengan fokus terarah kepada pendidikan, sosial, wanita, infrastruktur dan kelestarian alam sekitar.

Menurut Ahmad Faizal, beliau cuba menyelesaikan masalah setinggan di Perak ketika menjadi Menteri Besar tetapi tidak sempat kerana ditumbangkan selepas kira-kira dua tahun.

“Tentu sekali apa juga permasalahan yang ada kita akan cuba selesaikan satu persatu dan secara serius kerana kita dapati banyak tanah-tanah yang telah diduduki sekian lama tidak diselesaikan dengan serius.

“Ia didengari, kemudian cuba diselesaikan tetapi tidak dapat diputuskan,” katanya.

Mengulas lanjut Ahmad Faizal berkata, pihaknya tidak menjanjikan bulan dan bintang seperti sesetengah pihak, namun manifesto yang menawarkan 20 inisiatif itu diharap dapat memenuhi kehendak dan tuntutan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI