fbpx

Piala Malaysia: Tiada bekalan selesa buat JDT dari Likas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN (kiri) meledak gol tunggal perlawanan ketika JDT menewaskan Sabah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia kelmarin. – FB JOHOR SOUTHERN TIGER

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui pasukannya terpaksa bekerja keras sebelum dapat melakar kemenangan 1-0 ke atas Sabah FC pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin.

Menurut Bidoglio, anak-anak buahnya telah bermain de­ngan baik apabila mendominasi sebahagian besar perlawanan, tetapi tidak berupaya untuk menambah bekalan jaringan untuk dibawa ke pusingan kedua nanti.

“Ini adalah ujian yang bagus buat pasukan menentang skuad berkualiti seperti Sabah FC.

“Cuma, kami tidak bernasib baik apabila hanya meraih keputusan 1-0 kerana banyak peluang yang diraih khususnya pada babak pertama yang disia-siakan.

“Inilah hakikat yang perlu kami terima kerana sudah memasuki peringkat separuh akhir, jangkaan serta cabaran semakin sukar dan saya tidak mahu pasukan berasa selesa kerana masih ada 90 minit perlawanan di Johor nanti,” katanya.

Pada aksi tersebut, skuad Harimau Selatan meraih gol tunggal hasil jaringan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-34.

Penyerang sensasi JDT, Bergson Da Silva sepatutnya boleh menggandakan kelebihan, tetapi sepakan penalti yang dilakukan pada awal babak kedua berjaya diselamatkan penjaga gol The Rhinos, Damien Lim.

Nasib JDT bertambah malang selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila, Feroz Baharudin diarah meninggalkan padang dengan layangan dua kad kuning.

Mengulas mengenai kehila­ngan khidmat Feroz, pengendali import dari Argentina itu mengakui ia adalah sebahagian daripada bola sepak meskipun percaya pemain muda itu me­lakukan terjahan yang bersih.

“Feroz seorang pemain mening­kat naik dan cukup bijak di posisi pertahanan, tetapi dia tidak bernasib baik apabila menerima dua kad kuning. Namun, saya tidak mahu mengulas tentang keputusan tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI