fbpx

Penganggur pecah kedai, bawa lari barang bernilai RM13,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Dua lelaki warga tempatan yang juga penganggur diberkas susulan kes pecah kedai serbaneka di Jalan Besar Pekan, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun pada 8 November lalu.

“Mangsa yang juga peniaga difahamkan meninggalkan kedai serbaneka berkenaan dalam keadaan berkunci baik.

“Keesokan harinya, dia mendapati pintu belakang kedai telah diumpil dan setelah pemeriksaan dilakukan, dia menyedari beberapa barang hilang bernilai anggaran RM13,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Farouk, tangkapan telah dibuat ke atas dua lelaki tempatan berusia 29 dan 33 tahun yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

“Suspek pertama mempunyai dua rekod jenayah manakala suspek kedua tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek juga didapati negatif.

“Pihak polis turut membuat rampasan beberapa barang seperti laptop, power bank, minyak wangi dan mesin gunting rambut milik pengadu,”ujarnya.

Menurutnya, suspek telah direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Selasa minggu hadapan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun keseksaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Hukuman Seksyen 457 Kanun Keseksaan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI