fbpx

Pekebun maut akibat renjatan ketika cas telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN mayat pekerja kebun sayur warga Bangladesh yang dipercayai terkena renjatan elektrik selepas mengecas telefon. FOTO : IHSAN ORANG AWAM.

PORT DICKSON – Seorang pekerja kebun sayur warganegara Bangladesh ditemui maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang mengecas telefon bimbit di sebuah rumah di Jalan Lorong Empang Batu, Kampung Jimah Lama di sini hari ini.

Mangsa, Md Abdul, 40an, ditemui terbaring oleh penyelianya selepas masih tidak kelihatan untuk bekerja di ladang sayur yang terletak tidak jauh dari rumahnya itu.

Jiran mangsa, Ajarah Maarof, 59, berkata, dia dimaklumkan oleh penyelia kebun sayur tentang keadaan mangsa yang pengsan di atas lantai rumah.

“Saya dapati keadaan mangsa agak parah, bahagian dadanya terdapat kesan melecur dipercayai terkena renjatan elektrik.

“Saya terus menghubungi pasukan bomba dan pihak polis untuk melihat keadaan mangsa sebelum disahkan pegawai perubatan yang mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ajarah berkata, mangsa seorang pekerja yang rajin dan selalu pergi ke masjid untuk solat jemaah.

“Setahu saya dia yang dipanggil ‘Baiya’ tidak mempunyai keluarga di Malaysia sejak bekerja dua tahun lalu di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI