fbpx

Mahkamah Belanda sahkan MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIM Hendrik Steenhuis melihat bangkai pesawat MH17 yang dicantum semula di pangkalan tentera udara Gilze-Rijen, selatan Belanda pada 26 Mei 2021. – AFP

THE HAGUE, Belanda — Penerbangan Malaysia, MH17 ditembak jatuh pada 2014 dengan menggunakan peluru berpandu buatan Russia yang dilancarkan dari sebuah padang di Ukraine, kata mahkamah Belanda yang mengadili perbicaraan empat suspek yang dituduh menembak jatuh pesawat berkenaan hari ini.

“Mahkamah memutuskan bahawa MH17 ditembak jatuh melalui tembakan peluru berpandu BUK dari sebuah padang dekat Pervomaisk, yang membunuh semua 298 penumpang dan anak kapal,” kata Hakim Hendrik Steenhuis.

Semua 298 penumpang dan kru terbunuh apabila pesawat Boeing 777 yang berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur itu terkena tembakan di timur Ukraine oleh apa yang dikatakan pendakwa raya sebagai peluru berpandu BUK yang dibekalkan oleh  Russia.

Suspek terdiri daripada tiga rakyat Russia iaitu Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov serta seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko.

Kesemua mereka dikatakan sebahagian daripada tentera yang disokong Kremlin serta mempunyai peranan utama dalam membawa peluru berpandu BUK dari sebuah pangkalan tentera di Russia dan menempatkannya di tapak pelancaran.

Pendakwa raya sebelum ini mendesak hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan ke atas semua suspek. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI