fbpx

Lebih sayang kucing berbanding abang sendiri, remaja dilabel ‘tidak berhati perut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaulle menolak memberi bantuan kerana sedang menyimpan wang untuk pendidikan universiti serta memelihara kucing. – Getty Images

WASHINGTON – Seorang remaja dianggap tidak ‘berhati perut’ oleh keluarganya selepas enggan membantu membiayai kos pembedahan abangnya kerana mahu menyimpan wang untuk kegunaan kucing peliharaan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Remaja dikenali sebagai Gaulle itu berkongsi  perkara tersebut dalam laman perbincangan, Reddit, dengan menyatakan bahawa abangnya mengalami patah kaki ketika bermain bola sepak.

Ahli keluarga Gaulle, 19, meminta bantuannya untuk membantu membiayai kos pembedahan abangnya namun, remaja berkenaan enggan memberikan wang sebaliknya mahu menggunakan duit itu untuk kucingnya.

Menurut Gaulle, dia menjadi mangsa buli abangnya ketika kecil dan ibu bapanya sering memberi alasan setiap kali dia mengadu perkara tersebut.

“Dia amat kejam, mencaci dan memukul saya setiap kali ibu bapa tiada di rumah. Apabila mereka (ibu bapa) mendapat tahu, mereka berkata abang hanya bergurau,” katanya.

Tambah Gaulle, disebabkan itu dia membuat keputusan untuk mengutamakan haiwan peliharaan dan pendidikannya.

“Saya menolak (memberi bantuan) kerana sedang menyimpan wang untuk pendidikan universiti serta memelihara kucing,” tulisnya.

Perkongsian Gaulle mendapat perhatian pengguna media sosial dengan ramai yang bersetuju dengan tindakannya.

“Anda melakukan perkara yang betul. Jika situasi yang sama berlaku pada anda, saya pasti abang anda tidak akan membantu,” kata seorang netizen. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI