fbpx

Kerajaan tidak pernah lupa bantu petani Kada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zawawi (kiri) menyampaikan bantuan Program Transformasi Sosio Ekonomi Keluarga Malaysia kepada wakil petani Kada di Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) menerima peruntukan sebanyak RM3.5 juta dalam tempoh dua tahun khusus untuk membangunkan produktiviti petani termasuk belia dalam pelbagai bidang pertanian.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, melalui peruntukan itu, Program Transformasi Pertanian Kada di Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Pasir Mas dan Tumpat berjaya melahirkan usahawan baharu dalam tanaman padi, ternakan haiwan dan industri hiliran.

Menurutnya, seramai 936 petani Kada di lima daerah itu menerima banyak manfaat dalam mempelbagaikan projek masing-masing pada tahun lalu dengan bimbingan dan kepakaran teknikal untuk berdaya maju.

“Mereka dibimbing untuk menternak lembu, kambing dan biri-biri menerima peruntukan sehingga RM640,000. Kategori tanaman sayur-sayuran dan buah menerima sehanyak RM450,000, ternakan unggas (RM150,000) dan lain-lain projek ternakan seperti kelulut dan arnab (RM200,000).

“Selain itu, penternak ikan air tawar menerima sebanyak RM60,000 dalam program tersebut. Hari ini, seramai 219 penerima di daerah ini menerima peruntukan melibatkan jumlah keseluruhan RM330,000,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Program Transformasi Sosio Ekonomi Keluarga Malaysia Bagi Kada Pasir Puteh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Kada akan terus melaksanakan program tersebut menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Katanya, ia merupakan satu usaha untuk meningkatkan pendapatan golongan petani khususnya memperkasakan ekonomi golongan sasar B40 di samping berusaha melahirkan usahawan agro yang lebih berdaya saing.

“Projek yang mendapat perhatian kerajaan ini perlu diteruskan dan diberikan tumpuan khusus kerana ia mampu meningkatkan pengeluaran makanan segar dalam industri tanaman, penternakan dan perikanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI