fbpx

Kembar seiras paling berbeza di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIERRA bersama pasangan kembarnya yang lebih kecil, Sienna. - GUINNESS WORLD RECORDS

HOUSTON, Texas – Seorang wanita dilahirkan dengan sindrom yang sangat jarang berlaku sehinggakan dia dan saudara kembar kembar seirasnya diberikan pengikitirafan oleh Guinness World Records, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Adik-beradik kembar berkenaan Sienna dan Sierra Bernal kini berusia 23 tahun dan menetap di Texas. 

Doktor-doktor di Amerika Syarikat terkejut kerana hanya Sienna seorang dilahirkan mengalami sindrom dikenali sebagai primordial dwarfism, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini. 

Bagaimanapun, keadaan itu membolehkan adik-beradik berkenaan memegang rekod sebagai kembar seiras paling berbeza di dunia.

Sierra memiliki berat 44.45 kilogram dan tinggi 170.18 sentimeter (5 kaki, 7 inci) sedangkan berat kembarnya, Sienna cuma 22.22 kilogram dengan ketinggian 132 sentimeter (4 kaki, 4 inci).

Kembar seiras yang diketahui mempunyai perbezaan besar tersebut hanyalah Sienna dan Sierra, menjadikan Sienna kembar pertama di dunia dilahirkan dengan sindrom primordial dwarfism.

Bagaimanapun, pasangan kembar itu tidak menganggap diri mereka berbeza sama sekali.

Menurut Sierra dan Sienna, mereka hanya menyedari tentang perbezaan yang sangat ketara itu apabila melihat pandangan aneh orang lain.

“Kadang kala, apabila kami berada di khalayak, orang ramai akan menyangka dia (Sierra) adalah ibu saya kerana saya sungguh pendek.

“Apabila kami pergi ke bar, orang ramai menyangka saya berumur lapan tahun sedangkan usia saya ialah 23 tahun. Ia sungguh kelakar,” kata Sienna kepada Guinness World Records.

Terdapat kurang daripada 200 orang di dunia yang dilahirkan dengan primordial dwarfism, manakala jenis sindrom yang dimiliki oleh Sienna tidak diketahui. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI