fbpx

Keluarga pemuda koma akibat TB rayu bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIRA setia menjaga Azmer yang terlantar koma di rumahnya di Kampung Sulup, Teluk Kumbar, Balik Pulau semalam.

BALIK PULAU – Keluarga tukang jahit baju pengantin yang kini terlantar koma sejak tiga bulan lalu akibat mengalami Tuberkulosis (TB) meningitis atau jangkitan kuman pada bahagian otak memohon bantuan orang ramai untuk menguruskan ke­perluan hariannya.

Antara keperluan mendesak Azmer Idris, 32, termasuk membeli ubat-ubatan, lampin pakai buang dan susu khas.

Pemuda dahulunya ceria kini bergantung harap serta bantuan daripada ahli keluarganya.

Kakak Azmer, Azira, 40, ber­kata, keadaan adik bongsu dari­pada tujuh beradik itu masih tiada­ sebarang maklum balas positif sejak dibenarkan keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang, 9 September lalu.

Katanya, masalah dialami adiknya itu dikatakan berpunca daripada demam dan sakit ke­pala yang kerap dialami­nya sejak awal tahun ini.

“Dia dikejarkan ke hospital sebaik tidak sedarkan diri pada Ogos lalu dan terpaksa ditidurkan di ICU selama tiga minggu.

“Doktor memaklumkan dia menghidapi TB meningitis dan telah menjalani pembedahan memasukkan tiub dalam kepala.

“Keadaannya kini masih sama dan tiada sebarang pergerakan, hanya terlantar di atas katil serta­ diuruskan sepenuhnya oleh keluarga termasuk diberi susu menerusi tiub serta menukar lampin pakai buang,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Terdahulu, kediaman ke­luarga Azmer di Kampung Sulup, Teluk Kumbar di sini turut dikunjungi sukarelawan Nek Norbi pada pukul 2.30 petang.

Azira memberitahu, keperluan membeli ubat, lampin pakai buang, susu serta urusan membawa ke hospital untuk rawatan susulan menggunakan ambulans swasta diuruskan oleh bapanya yang hanya bekerja sebagai nelayan pantai dengan dibantu adik-beradik lain.

“Saya harap agar Azmer ­me­n­dapat bantuan bulanan daripada agensi Zakat Pulau Pinang (ZPP) kerana dia sebelum ini hanya mengambil upah menjahit baju pengantin dan tiada pendapatan tetap,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan bo­leh berbuat demikian melalui nombor akaun Maybank milik Azira, 157296035511 atau ­menghubunginya di talian 012-434 1769. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI