fbpx

Haus Cosmetics jalin usaha sama dengan saintis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazimah (kanan) bersama saintis, Fred Zullie pada majlis pelancaran produk Beaubright di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Haus Cosmetics, pengeluar produk penjagaan kecantikan, telah bekerjasama dengan seorang saintis dari Switzerland  yang juga pengasas Mibelle Biochemistry untuk melancarkan produk makanan tambahan terbaharunya, Beaubright.

Produk hasil kerjasama dengan Dr. Fred Zullie yang  bersesuaian untuk membantu merawat masalah kulit seperti kulit kusam, tona tidak sekata dan dehidrasi itu dihasilkan daripada bahan-bahan terpilih seperti ekstrak campuran beri, Dracobelle, Hithion, vitamin A, B, D, asid folik serta campuran sumber mineral seperti kalsium dan magnesium.

Pengasas syarikat, Norazimah Jalil berkata, produk itu yang dapat membantu memulihkan keremajaan serta menghidratkan kulit itu bersesuaian untuk pelanggan yang berusia 18 tahun keatas.

“Produk ini telah menjalani kajian dan pembangunan selama dua tahun bersama pasukan saintis dari Switzerland yang diketuai Fred,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Norazimah menerangkan, produk tersebut telah mendapat pengiktirafan dan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Tambah beliau, produk berkenaan yang dijual pada harga antara  RM29 hingga RM89 seunit itu sudah memiliki lebih daripada 5,000 ejen dan stokis di seluruh Malaysia.

“Kami jangkakan produk ini boleh mencatat jualan lebih daripada 10,000 unit secara purata dan meningkat tiga kali ganda setiap bulan selepas ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI