fbpx

Ferrari Daytona hanya satu dalam dunia ditemui dalam bangsal selepas 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daytona ini dibiarkan dalam keadaan diselaputi habuk sebelum menjalani proses baik pulih. – Facebook Musei Ferrari

MODENA, ITALI – Sebuah kereta Ferrari klasik yang sebelum ini dibiar tersadai di dalam sebuah bangsal selama 40 tahun bakal dilelong pada harga yang dianggar boleh mencecah £1.5 juta (RM8.1 juta), lapor akhbar The Sun semalam.

Model Ferrari 365 GTB/4 Daytona Berlinetta keluaran tahun 1969 itu dikeluarkan dari sebuah bangsal di Jepun pada 2017.

Menurut laporan, kira-kira 1,200 model Daytona telah dihasilkan sekitar 1969 hingga 1973, namun hanya lima buah versi ringan dibina daripada aluminium.

Daripada lima kenderaan itu, hanya satu yang dihasilkan untuk kegunaan atas jalan berbanding perlumbaan trek.

Satu-satunya model itu sebelum ini disangka hilang, namun ia ditemui di bangsal tersebut, sekali gus membawa kepada jualan model itu kepada orang awam di Itali.

Muzium Musei Ferrari di bandar Modena berkongsikan gambar model Daytona tersebut di  laman Facebook miliknya yang memaparkan kenderaan tersebut diselaputi habuk.

Ia bakal menjalani proses baik pulih oleh syarikat Ferrari sendiri, namun firma dari Itali itu berpendapat orang ramai perlu diberi peluang menyaksikan keadaan kenderaan itu yang asal.

“Sebuah model unik. Ia adalah satu-satunya ‘aloi’ Daytona yang wujud,” kata Musei Ferrari pada akaun Facebook.

Tidak seperti kebanyakan Daytona yang lain, kereta tersebut dilengkapi  lampu depan Plexiglas dan tingkap elektrik. 

Ia diimport ke Jepun pada 1971 dan dimiliki oleh tiga pemilik dengan pemilik terakhir menyimpan kenderaan itu selama hampir empat dekad. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI