fbpx

Askar Ukraine lancar tembakan kedua paling jauh di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Askar tersebut melancarkan tembakan menggunakan raifal dikenali sebagai Snipex Alligator sepanjang 195.6 sentimeter. – Daily Star

KIEV – Seorang askar Ukraine dikatakan melepaskan tembakan kedua paling jauh di dunia menggunakan selaras raifal gergasi yang bersaiz lebih tinggi daripadanya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Askar yang identitinya tidak didedahkan itu melepaskan tembakan menggunakan raifal dikenali sebagai Snipex Alligator sepanjang 195.6 sentimeter.

Tembakan tepat itu menjadikannya sebagai tembakan kedua paling jauh yang pernah dicatatkan dalam sejarah menggunakan raifal tepat.

Tembakan pada jarak sejauh 2.7 kilometer (km) itu mengenai seorang askar Russia dalam satu klip video yang disahkan oleh komando Angkatan Tentera Ukraine.

“Penceroboh (Russia) telah dihapuskan dengan tembakan tepat pasukan khas dari jarak 2.7 km, satu jarak yang kini menduduki  tempat kedua dalam ranking dunia, disahkan oleh komando Pasukan Tentera,” demikian menurut kenyataan Pasukan Tentera Ukraine.

Tembakan itu berada di tempat kedua di belakang seorang penembak tepat dari Kanada yang menembak seorang anggota  militan Daesh di Iraq pada jarak 3.4 km pada 2017. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI