fbpx

Allah berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar – Alyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIADA kejutan untuk sambutan hari lahir Ramli yang ke-64 tahun ini, Alyah sebaliknya menitipkan rasa syukur kerana diberikan jodoh terbaik oleh Allah SWT.

PETALING JAYA – “Allah SWT berikan kamu untuk aku belajar mengenal Allah. Allah SWT berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar.”

Demikian titipan penuh makna penyanyi popular Datin Alyah sempena ulang tahun kelahiran suaminya, maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS yang ke-64 hari ini.

Kata Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, Tuhan itu Maha Hebat kerana memberikan pelbagai rasa dalam rumah tangganya bersama Ramli sepanjang sembilan tahun mereka berkahwin.

“Allah SWT masih berikan aku bersama kamu untuk ketahui aku juga manusia biasa, bila-bila saja mampu lakukan kekhilafan.

“Allah SWT Maha Hebat diberikan pelbagai rasa dalam rumah tangga ini untuk aku tahu siapa yang terbaik buatku. I sayang you nie (honey),” tulisnya.

Ucapan Alyah, 41, menerusi perkongsian dalam Instagram turut disertakan dengan rangkuman beberapa gambar dan video bersama Ramli atau mesra disapa Tok Ram.

“Selamat hari lahir. Semoga sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT dunia dan akhirat. Tahun ini tak ada kejutan. Konsep terus terang saja katanya.

“Bila ditanya, apa itu? Saya pun jawab kek hari lahir awak. Nanti makan malam dengan kawan ya,” tulis Alyah.

Perkongsian Alyah turut memancing perhatian ramai rakan artis dan peminat yang turut sama menitipkan doa buat Ramli agar diberikan kesihatan baik dan selalu berada dalam rahmat Allah SWT.

Untuk info, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI