fbpx

800 pelajar UiTM pulang mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor (tengah) bersama pelajar UiTM yang pulang ke kampung halaman bagi menjalankan tanggungjawab untuk mengundi sempena PRU15 di Kompleks Antarabangsa UiTM Shah Alam, malam tadi. FOTO/ AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kira-kira 800 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing secara percuma bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

UiTM dalam kenyataannya memaklumkan penghantaran tersebut dilakukan secara berperingkat bermula malam tadi sehingga esok.

“Penghantaran itu melibatkan pelajar di tiga buah zon iaitu Utara, Timur dan Selatan.

“Pada malam tadi, sebanyak tujuh bas telah disediakan oleh pihak UiTM dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM melibatkan seramai 150 orang,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI