fbpx

58 set bubu naga dirampas APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada bubu naga yang dirampas APMM di perairan sekitar Bagan Serai baru-baru ini.

BAGAN SERAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Zon Maritim Kuala Kurau merampas sebanyak 58 set bubu naga di perairan Kuala Gula dan Kuala Trong dekat sini pada Isnin dan Selasa lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, rampasan pertama dibuat pada Isnin lalu di kedudukan 9.6 batu nautika barat daya muara Kuala Gula sekitar pukul 3.20 petang.

Katanya, rampasan kedua pada Selalu lalu dilakukan di kedudukan tiga batu nautika barat laut muara Kuala Trong sekitar pukul 10.45 malam.

“Kesemua bubu naga yang dirampas telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk siasatan.

“Anggaran nilai rampasan bubu naga pada kali ini dianggarkan berjumlah RM4,060 dengan nilai RM70 setiap satu set,” katanya dalam satu kenyaan di sini hari ini.

Mohd. Najhan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3) (c) Akta Perikanan 1985 kerana memasang atau menyebabkan dipasang belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan yang tidak dilesenkan dan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Maritim Malaysia sentiasa komited dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di laut.

“Sebarang aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 untuk tindakan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI