fbpx

Undi Sharifah Rose untuk calon ‘hero’ hentikan banjir Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Sharifah Rose tidak sabar menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi buat pertama kali, Sabtu ini. Foto - WHAM.

BANGI – Pertama kali menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, pelakon Sharifah Rose, 24, mendedahkan undinya buat bakal wakil rakyat yang berjaya menyelesaikan masalah banjir di Selangor.

Bersemangat untuk buang undi pada 19 November ini bagi kerusi Parlimen Shah Alam (P108), Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira berkata, itu kriteria penting yang dilihatnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Saya akan undi calon yang memberi manfaat kepada anak-anak muda dan juga kawasan Selangor. Yelah, kawasan rumah saya (Seksyen 13, Shah Alam) selalu banjir.

“Jadi, saya nak cari (undi) siapa yang boleh selesaikan masalah tersebut. Kawasan rumah saya memang selalu banjir,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pertama kali merasai pengalaman mengundi, pelakon drama rantaian Kekasih Hati Mr Bodyguard itu mengakui gementar dan pada masa sama tidak sabar untuk membuang undi.

“Rasa bersemangat dan juga gementar sebab ini pertama kali saya akan mengundi. Tak tahu proses macam apa semua.

“Banyak lagi perihal yang saya tak pasti (clueless) tentang mengundi. Sebelum ini, kita belajar masa di sekolah dulu. Jadi, nak kena revise (kaji) kembali semua.

“Tengok manifesto calon di Instagram, YouTube dan buat research sendirilah semua,” ujarnya lagi.

Alumni UOW Malaysia Kolej Damansara Utama (KDU) itu ditemui pada sesi forum bertajuk Antara Cantik dan Bakat: Di Manakah Pengukuh Kredibiliti? yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Persatuan Penulis Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), baru-baru ini.

Sekadar info, empat calon muka baharu bakal merebut kerusi Parlimen Shah Alam (P108) yang pernah disandang oleh parti pembangkang tiga penggal berturut-turut sejak 2008.

Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN), Hizatul Isham Abdul Jalil, Dr. Afif Bahardin (Perikatan Nasional-PN), Azli Yusof (Pakatan Harapan-PH) dan Muhammad Rafique Rashid (Gerakan Tanah Air -GTA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI